Thursday, December 29, 2011

Now that you're gone.



Doa kami semoga segalanya dipermudahkan untuk arwah.
Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Semoga perjalanan-nya disana sentiasa dipenuhi dengan kesenangan dan kebahagian.
Semoga syurga adalah tempatnya.

Ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa arwah, sesungguhnya beliau adalah sahabat yang baik kepada kami.



Perkara yang paling aku ingat sampai sekarang ialah time tgk TV 25hb haritu, lebih kurang jam 10 malam. Aku tgh tgk TV kat depan, yayang duk kat sebelah sambil men tweet. Tibe-tibe yayang bgtau "baby, firdheder dah xde, eksiden meninggal"
Aku pandang yayang sambil cakap "biar betul?
"ha ah, paan bgtau. paan ckp tgk kat facebook"
Kitorang terus masuk bilik on mbp then pergi ke fb Firdheder. Dekat wall die ade satu post bgtau yang die meninggal sebab eksiden moto kat sungai pulai. Terkejut rasenya. nak menangis tapi masih terkejut. Kami sedekhakan Al-Fatihah kat die dan terus folo TL kat tweeter untuk tau dengan lebih lanjut maklumat about the eksiden.

Rasanya malam tu x boleh nak tido. Terkejut. terkejut sgt. sedih. :(

Arwah dah lama kawan dengan yayang. before kitorg kawen lagi. pernah laa 2-3 kali keluar same3 lepak. Dulu arwah selalu tolong yayang buat layout untuk album. sebab die memang pandai edit mengedit. 
Yang paling terkesan waktu kitorang nikah die datang. Die bawak moto ninja 250 die tu. ingat lagi die ckp die gerak 6.30 pagi dari rumah sebab nak attend majlis nikah kitorang pagi tu kul 8. Mak ingat lagi Arwah. mak ckp pagi tu kat masjid mak ngan abah sampai dulu. Tibe3 ade sorang budak laki ni siap jaket bagai tanye mak ni majlis nikah "Helmi dengan wana ke?" Sebab die datang paling awal. Masa tu plak takde orang lagi yang sampai. #AlFatihahFird.

Arwah pun dtg kejap je sebab petang tu die kene keje. Tapi sampai sekarang sebenarnye kitorang masih x caye die dtg. Masa tu paan and zaidi jd videografer kitorang, tapi tugas interview tu fird yg buat. Die siap tye aku perasaan lepas kawen dengan yayang. Oh fird, x sangka betol ko dah xde sekarang.

Alhamdulillah, kami sempat sampai waktu jenazah tengah diletak di liang lahad. Yayang teringin sangat nak tgk jenazah sempat jugak. #AlFatihahFird

Harap rakan-rakan yang lain sentiasa x lupa untuk doakan kesejahteraan arwah disana. Dan ingatlah, mati itu pasti. Cuma kita tak tau bile.

#AlFatihahFird.


0 Strumming O. yeah!!:

Popular Posts